Testimoni Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang

Set Breastfeeding Shaklee

Tahukah puan-puan apakah set Breastfeeding Shaklee yang kini hangat diperkatakan? Ia adalah susunan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh seorang wanita, terutama ibu menyusu

Vitamin Yang Sesuai dan Tidak Untuk Ibu Hamil

Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita itu beberapa jenis supplement. Supplement amat penting bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya

Meal Shake : Tiada Selera Makan, Sembelit, Demam Dan Selsema

Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi

Testimoni Set Slimming Shaklee

Shaklee Diet Program...Ikut bajet Anda. 3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee. Langkah Pertama: Detox, Langkah Kedua: Memecahkan Lemak, Langkah Ketiga: Membina

Friday, 4 July 2014

Hilang 9 Kg Dengan Set Slimming Cinch Shaklee!

Hilang 9 Kg Dengan Set Slimming Cinch Shaklee!

set slimming

Tahukah Anda? Set Slimming Cinch Shaklee sangat berkesan dan selamat kerana kajian saintifik telah dilakukan oleh Pakar Kesihatan. Maka ia semestinya pilihan utama bagi mereka yang idamkan bentuk badan yang kurus langsing dan sihat! Set Slimming Cinch Shaklee ini sesuai di ambil oleh wanita dan lelaki tidak kira bujang atau sudah berkahwin. Jom kita berkongsi kehebatan set ini dalam membantu menurunkan berat hingga 9 kg dengan Set Slimming Cinch Shaklee!

Tahukah Anda?
Kenapa kebanyakkan produk slimming dan diet GAGAL? Ini kerana kekurangan nutrisi, aturan makan yang sukar dan leceh untuk di ikuti, Hasil yang Lambat, kandungan yang tidak selamat serta merendahkan kadar metabolisma.
Kebanyakkan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisme anda. Akibatnya, apabila anda tidak lagi meneruskan diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini, Sebaliknya berat anda bertambah berat. Ini adalah Yo-Yo Effect dalam konsep slimming.
Maka amat penting dalam pemilihan produk slimming, pastikan kaedah slimming adalah BETUL,TEPAT dan BERKESAN!. Pilihan Utama anda semestinya SET SLIMMING CINCH Shaklee. Jom Kita berkongsi kehebatan produk ini:-
1) CINCH SHAKE MIX
♥ Setiap hidangan mengandungi 24gram protein untuk membantu anda merasa puas dan kenyang
♥ Tinggi kandungan serat- 6 gram setiap hidangan
♥ Glycemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah dan memberi tenaga
♥ Membekalkan >35% keperluan 24 vitamin dan mineral penting
♥ Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa proses penurunan berat badan
2) LECITHIN
♥ Pemecahan Lemak dan Kolesterol
♥ Bertindak sebagai “pembersih” saluran darah
♥ Membantu mengemulsi dan metabolisma lemak dan kolesterol
♥ Mempercepatkan proses pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang
3) ALFALFA
♥ Bertindak menyingkirkan lemak yang dipecahkan oleh Lecithin (Gabungan terbaik Alfalfa dan Lecithin)
♥ Mengandungi Saponin : bertindak seperti span seabagi serat yang menyerap kolesterol.
♥ Membantu proses detoksifikasi tubuh dengan lancar.
Sememangnya HEBAT gadungan 3 Produk dalam SET SLIMMING CINCH SHAKLEE. Jom kita berkongsi pengalaman pengguna set ini yang berjaya menurunkan 9 kg dalam masa kurang dari sebulan!
testimoni set slimming alfalfa+lecithin+cinch
 Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

SULIANI DANNY
sms/whatsApp: 0138922311
Emel : sulianidanny@gmail.com
Fb: sila klik LIKE https://www.facebook.com/oggyhealtycare utk info terkini
Blog : http://oggyhealthycare.blogspot.com/

Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki


Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki
Bagi pasangan yang berumahtangga, kehadiran cahayamata adalah sesuatu yang sangat-sangat dinantikan. Apatah lagi jika sudah sekian lama berdua, pastinya rasa sunyi mula terasa. Namun kesukaran untuk hamil, tidak seharusnya diletakkan dibahu isteri sahaja kerana si suami juga memainkan peranan penting dalam proses ini.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunapakai untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki.
1. Meminimakan Pendedahan Kepada Perkara Yang Membantutkan Kesuburan
  • Elakkan memakai seluar dan seluar dalam yang ketat. Ia mengganggu penghasilan sperma dan juga kualiti sperma
  • Jauhkan daripada sinaran-x, radiasi atau racun serangga perosak. Pakai alat kelengkapan dan kurangkan menyedut udara dikawasan semburan racun serangga jika boleh
  • Kekalkan suhu normal disekitar alat sulit. Jangan duduk terlalu lama atau bersauna yang keterlaluan kerana haba yang tinggi boleh menggangu penghasilan sperma
2. Makan Makanan Untuk Menambah Kesuburan
  • Banyakkan Anti-oksida. Diet yang mengandungi anti-oksida boleh meningkatkan kuantiti sperma. Pilih sayur -sayuran yang pelbagai warna.
  • Ambil vitamin setiap hari. Supplemen yang mengandungi vitamin seperti vitamin C dan E membantu menambaik tahap kesuburan lelaki. Beli supplemen yang dikhaskan untuk lelaki. Pilih vitamin yang mengandugi Zinc dan Selenium untuk kesihatan sperma lelaki
  • Kurangkan makanan yang mengganggu kesuburan. Alkohol, kopi dan daging merah dikaitkan dengan tahap kesuburan yang lemah sebaliknya pilih buah-buahan, makanan laut serta serat untuk diet yang sihat.
3. Kekalkan Gaya Hidup Sihat
  •  Berhenti merokok. Tembakau mengurangkan penghasilan sperma (low sperm count)
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein yang keterlaluan. Bahan ini merendahkan paras hormon tostesteron (hormon kesuburan lelaki)
  • Kurangkan stress
  • Kawal berat badan
  •  Elakkan penggunaan dadah
Melihat kepada faktor no.2, maka tidak hairanlah dalam Set Kesuburan Shaklee, vitamin E yang diberi nama Vita-E Complex turut dimasukkan sebagai salah satu supplemen yang sangat-sangat penting untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Bukan itu sahaja, ia juga digelar sebagai “vitamin seks” kerana fungsinya menaikkan nafsu ketika  bersama (enhance libido).
Vita-E Kesuburan Lelaki Vita-E Complex & Selenium with Grape Seed Extract
Vita-E Complex Shaklee turut diformulasikan bersama Selenium dan ekstrak biji anggur. Selenium pula adalah mineral yang mempunyai elemen antioksida yang membantu melindungi sel (dalam kes ini sel yang membentuk sperma) daripada rosak.
Fungsi Vita-Complex Untuk Kesuburan adalah:-
meningkatkan kualiti sperma – menghasilkan sperma sihat.
meningkatkan motiliti sperma
 – sperma yang sihat akan mempunya daya tenaga untuk berenang jauh menuju ke ovum bagi proses persenyawaan. Sperma yang tidak sihat pula hanya berputar-putar di satu tempat sahaja
menaikkan nafsu ketika bersama
Zinc Complex Kesuburan Lelaki & Atasi Keguguran Rambut
Zinc Complex
Selain Vita-E, Zinc juga merupakan vitamin penting untuk lelaki. Ia bertanggungjawab meningkatkan kuantiti sperma yang mana ia menyelesaikan masalah low sperm count yang  biasanya dialami oleh lelaki yang merokok.
Ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana Vita-E dan Zinc membantu anda mendapatkan zuriat ? Boleh terus berhubung dengan kami untuk khidmat nasihat percuma. Atau baca lanjut Set Kesuburan Shaklee.

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
SULIANI DANNYsms/whatsApp: 0138922311Emel : sulianidanny@gmail.comFb: sila klik LIKE https://www.facebook.com/oggyhealtycare utk info terkiniBlog : http://oggyhealthycare.blogspot.com/

Wednesday, 2 July 2014

10 mitos popular berkaitan penyusuan susu ibu

10 mitos popular berkaitan penyusuan susu ibu


Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.

Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, 

saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.

Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.

Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.

Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.

Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.

Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).

Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.

Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.

Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.
Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan set penyusuan shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:


Nak order supplement dari Shaklee? Hubungi saya untuk pertanyaan & pesanan SEKARANG!

Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

SULIANI DANNY
sms/whatsApp: 0138922311
Emel : sulianidanny@gmail.com
Fb: sila klik LIKE https://www.facebook.com/oggyhealtycare utk info terkini
Blog : http://oggyhealthycare.blogspot.com/

Kenapa Susu perahan Saya Cair?

Kenapa Susu perahan Saya Cair?


Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup sempurna!

Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).
Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.

Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.
Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!

Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.
Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.
Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi(1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati:

  • 28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
  • Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
  • Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
  • Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
  • Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan

(Kesemua fakta yang disenaraikan dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan).
Ibu yang bekerja mungkin menghadapi masalah untuk mengepam dengan lebih efektif dan sukar mendapatkan milk ejection reflex.

  1. Faktor kurang masa atau tempat yang tidak sesuai serta terbuka menyebabkan ibu sukar bertenang ketika mengepam.
  2. Jika tidak berupaya mengumpul susu perahan yang mencukupi ketika bekerja, pam di waktu lain sebagai tambahan kepada sesi pengepaman yang dilakukan di waktu pejabat.
  3. Jangan sesekali mengenepikan sesi penyusuan terus kepada bayi.
  4. Kebanyakan ibu menyusukan mendapati lebih mudah untuk mengepam di waktu pagi ketika susu masih banyak.
  5. Pam sama ada sejam sebelum menyusukan bayi atau sejam selepas menyusukan bayi untuk sesi penyusuannya yang pertamaa untuk hari itu.
  6. Pilihan pengepaman lain yang boleh dicuba ialah pam terlebih dahulu kemudian terus susukan bayi atau pam sebelah payudara sambil menyusukan bayi menggunakan sebelam payu dara lagi (tandem nursing)
  7. Memerah menggunakan tangan (marmet) selepas sesi penyusuan turut membantu mengosongkan payu dara dengan lebih baik.
Dalam memastikan bekalan susu berkekalan, susukan bayi atau pam sekerap yang boleh. Apabila berada di rumah, susukan bayi dengan kerap di waktu malam. Semoga berjaya!

13 Tips penyusuan untuk ibu berpuasa


Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.

Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu. 


Tips penyusuan untuk ibu yang ingin berpuasa di bulan ramadhan
Jom kita cuba tips untuk berpuasa bagi ibu menyusu meneruskan niat anda untuk terus dengan penyusuan ibu walaupun perlu melalui saat getir berpuasa. Mudah-mudahan Allah permudahkan niat kita untuk terus berpuasa.

1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.



 
2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.




3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.




4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.




5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.




6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.
 

7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
 


8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)




9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.




10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagimengelakkan sembelit.
 


11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susukerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasatetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi ataumemerah susu.

13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlahuntuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
Credit : Majalah PAMA

Supplement yang di cadangkan untuk ibu menyusu ketika bulan puasa.



Bagaimana SET BERPUASA ini membantu ibu menyusu berpuasa sepanjang hari?Tanpa rasa risau Susu akan drop?

✿ ESP ✿ – Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Tidakkah anda mahu tampil jelita di pagi AidilFitri nanti?

✿ Performance Drink ✿ – Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!


Untuk maklumat lanjut tentang vitamin ibu menyusu semasa berpuasa anda boleh klik link ini
Set berpuasa ibu menyusu Dan juga testimoni menarik.


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

SULIANI DANNY
sms/whatsApp: 0138922311
Emel : sulianidanny@gmail.com
Fb: sila klik LIKE https://www.facebook.com/oggyhealtycare utk info terkini
Blog : http://oggyhealthycare.blogspot.com/